Terima kasih kepada Syadi yg tolong tgn mencari sblm laris ditelan pasaran.
Sebenarnya telah lama ingin dicoret,tapi memblog bukanlah hobiku..
Seperti komen penghujah,penggemar karya idea rambang lain yg kubaca diblog2 seperti ternyata Faisal benar-benar pemerhati masyarakat yg faham dan TELITI tentang hakikat sebenar yg patut dan tidak patut.
Setelah Adam diciptakan bagiku memang benar-benar menyentuh. Aku masih perlu banyak memakan ilmu penghuraian sebelum menghurai maksudnya.
Setelah Adam diciptakan mengisahkan tentang dua wanita yg saling berkongsi cita menghabisi pengajian disebalik latar kehidupan yg masing-masing jauh bertentangan. Mujur pemudi Islam itu pintar mengolah hujah sedang si Yahudi akrabnya tangkas menyerang 'hakikat penciptaan Tuhan' versi melawan arus fitrah.
Agak menarik bagiku,kerana insan Paraphilia(unusual sexual behaviour) digambarkan sebagai melawan fitrah "bagaimana mahu aman jika masalah celah kelangkang tidak selesai". Benar,tepat sekali. (maaf lupa nama wataknya,malas mahu membelek buku-angin ini hny jrg2) Yahudi bertindak demikian akibat dirogol abang tirinya,lantas terlahirnya stereotaip terhadap lelaki,lantas ungkapan "SEMUA LELAKI SAMA" adalah suatu pernyataan yg perit untuk ditelan.
Tuhan itu adil kerana memberi masalah bersama penyelesaian,lelaki memahami kenyataan itu kdgkala hanya temporary jika mereka dirundung ketidakpercayaan
Rindu ini luarbiasa sekali menceritakan tentang perjuangan bahasa dari dua sisi yg berbeza. Asalnya mereka satu(dalam cinta monyet),namun kedudukan darah menyebabkan dua jagoan bahasa ini berperang;satu melanyak,satu mendokong..
Akhirnya(penghujung-permulaan satu babak, pengakhiran satu babak dalam susunan bahasa yg tidak terasa janggal)ditakdirkan mereka berdua bertembung berlaga hujah di medan intelek. Penulis ini mengeji kerajaan(PPSMI) dengan cara terhormat. Sebelum meninggal,penentang bahasa ini sempat menulis wasiat, lahirnya rasa kesal yg teramat sgt kerana menginjak bahasa yg pernah dijanji demi keabadian.
ya,penulis mengungkap rasa rindu watak utama seperti tiada kata dapat menceritakan rindu itu.
Tapi sayangnya karya Faisal ini tidak untuk semua orang.. Mudah sahaja tersalah faham bagi yg suka menyempitkan keadaan..
No comments:
Post a Comment