Sunday, April 24, 2011

kota ini kota kekaguman..

hari ini,kotaku tinggal ini dicemuh orang akibat gagal menjadi maju..

kotaku ini kota kotor.. terencat,perlahan dan tidak membangun..

itu kata orang kota ini sendiri yg mata mereka mencecah kemajuan lain di luar kota kekaguman milikku ini..

kerana apa kota ini ku anggap sebagai kota kekaguman?

disini kemodenan tidak menembak mati si miskin..
disini kekayaan tidak meratah pencari rezeki kota biasa..
hingusan kemewahan tidak dijilat kesengsaraan..

aku tidak pernah melihat mati anak kota ini kerana kepeningan najis setan..
nafasku tidak pernah merasa Heineken,Carlsberg,dan whiskey manis..

judi itu bkn halwa mataku..

aku rela kotaku ini 'berpusing dalam pusingan berat' kemiskinan

dari melihat kotaku ini berpusing terbalik..

aku bangga dengan kotaku ini..


No comments:

Post a Comment