Wednesday, October 14, 2009

Tautan Hati-Ulasan dan Komen

Sebuah novel yg agak menarik.Stlh menghabiskan masa lebih kurang 11/48 jam-2 hari.Akhirnya sedikit sebanyak akal memproses kritikan2 sama dari sudut pandang yg tidak selari dgn penulis(Fatimah Syarha Mohd Noordn). Penulis pada asalnya ingin meluahkan perasaannya tntg pengajian "psikologi"nya.

Coret2 psikologi itu terwujud dalam novel 800m/s ini.Sprti banyak hasil2 kejayaan lain, novel yg agak berjaya ini tidak drancang dari awal sambutan luar biasanya-walaupun dgn tajuk yg tidak menonjol dan menjolok mata para peminat novel2 cintan-cintun a.k.a jiwang karat.Sambutannya sama impaknya sprti Ayat2 Cinta karya Habiburrahman el-Shirazy.

Keaslian mencoret luahan hati dan tazkirah agama itu dapat dilihat melalui gaya penceritaan yg segar sprtimana pernah dilalui org2 biasa.Apa yg memukau kbanyakan pembaca yg mdh dimanipulasi dgn "kesempurnaan" adalh 'kemaksuman' watak utamanya-Asiah Yusra-seolah2 tiada malang yg mampir padanya.

Diary hati ini terlalu emosional dimana pengkritik mempercepatkan langkah pembacaan pabila kunjung diruang tangisan.Pengkritik kdgkala terlintas dihati alangkah susahnya kehidupan seorang wanita yg dilingkungi emosi namun lintasan ilmu didada menasihati bahawa itulah keajaiban dan sebaik2 perhiasan bagi kaum lelaki andai diterokai,dikasihi,dilentur isinya.

Penapisan banyak berlaku didalam novel ini ketika babak yg dianggap cacat dalam pergerakkan babak ke babak.Tautan hati adalah nama yg sesuai krn banyak difokuskan didalamnya tentang persahabatan,kesetiaan,kekeluarga yg harus dipuji pengkritik.Selain itu penerapan nilai2 Islam adalah ditahap tertinggi dan amat memuaskan.....

nota akhir;Aku hanya membaca novel2 penerapan Islamic yg terbaik dan memenagi anugerah kualiti serta kritikan baik krn membaca novel mnyebabkan hati lalai dan berkarat.Malah merugikan masa.