selain itu, perkongsian ini perlu dielakkan juga pergulatan lidah atau seni retorik atas niat utk ideanya diterima.. contohnya pergulatan lidah antara org tua dan muda.. org muda suaranya lebih tinggi dan kemenangan untuk itu sentiasa ada..
perkongsian idea membawa kepada masing-masing mengeluarkan pendapat dan membincangkan idea manakah yang terbaik tanpa melihat dari siapa idea itu datang.. Hang Nadim diterima ideanya bukan kerana usianya tetapi kerana penyelesaian itu mudah dan senang dilakukan dalam waktu yang cemas..
namun,kadang-kadang idea itu diterima kerana kedudukannya.. walaupun dia seorang yang elit, ideanya hanyala sampah,kuno dan kering daripada kehendak yang mendesak.. akhirnya golongan pintar mati begitu sahaja ideanya kerana kedudukannya yang tidak sehebat ideanya..
aku amat menghargai usaha lim kok wing yang membina kekuatan kemajuan berdasarkan inovatif.. katanya idea itu datang dari siapa-siapa sahaja..
idea-idea itu lebih berharga dari segala tenaga yang ada..
idea tidak dihormati dan diraikan,terutamanya dalam kalangan masayarakat kita sendiri..
ramai orang mempunyai penyelesaian yang lebih baik,tapi tidak diraikan dan dianggap sepi..
akhirnya idea-idea baharu itu sangat asing.. dan apabila muncul dianggap ganjil dan ditentang sama seperti mereka yang menentang dulu(ketika mereka dilanda penentangan)..
perkongsian idea itu perlu dipupuk.. ketika anak-anak masih kecil, mereka banyak bercerita tentang sekolah dan kehidupan mereka.. sekiranya tidak diberi perhatian akhirnya wujudnya rasa inferior dan rendah diri..
akhirnya golden minded can easily be rust... kita menjadi biasa menyelam dalam idea-idea lapuk..
idea itu pabila dikongsi akan membesar dan menjadi pendirian..
bersedialah untuk menerima!
No comments:
Post a Comment